Bacaan wajib untuk wanita moden seperti anda. Klik di sini
Anda mungkin pernah membaca testimonial ini dalam laman web rasmi kerjaya wanita. Siapakah golongan professional bernama Shamsuddin Kadir ini? Beliau telah membaca Tip Karier untuk Wanita Moden bagi memberi pandangannya sebagai pengamal industri, diharapkan anda juga sudah membacanya. Mari kita berkenal-kenalan dengan Tuan Shamsuddin Kadir ini.
Tahukah saudari beliau adalah contoh pekerja yang memiliki lebih sebuah rumah pada usia sekitar 20-an. Kita akan cuba membongkar rahsianya dengan harapan beliau dapat bersama seribu pembaca e-buku Tip Karier untuk Wanita Moden dalam seminar Kerjaya Impian kita nanti. Jika belum miliki cepat-cepat klik di sini.
http://www.kerjayawanita.zamrimohamad.com/index.html
Baiklah kita sambung semula.
Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan trainer dalam bidang motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan Kerjaya.
Penulis Buku
Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Jakarta juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya (Best Seller di MPH), Kaya Dengan Rumah (Best Seller) dan Buat Duit Dengan Rumah.
Buku-buku yang bakal terbit mulai awal tahun 2009 adalah Kuasa Mengurus Diri, Kuasa Mengurus Masa dan Tuan Rumah Yang Kaya.
Bagi buku tulisan bersama dengan penulis lain adalah Cashflow bagi pengantin baru.
Manakala buku bagi kategori kanak-kanak dan remaja adalah Biskut Ajaib dan Garaj Sale. Kedua buku-buku ini memberi inspirasi kepada pembaca bagi memulakan bisnes sendiri supaya apabila tamat belajar di universiti mereka dapat berdikari dan tidak perlu merebut peluang pekerjaan. Penulis Artikel
Beliau menulis artikel di majalah Dewan Ekonomi dan majalah Anis (Panduan Wanita Solehah)
Bersama Radio
Radio IKIM.FM di frekuensi 91.5! dalam progam Duniaku Buku dan di Radio 24 di frekuensi 93.9! dalam program bicara bijak.Kelayakan & PengalamanMenjayakan Motivasi Kewangan di saluran Motivasi Pagi TV3. Sebanyak 6 episod pertama telah dirakamkan dan episod pertama telah di tayang pada 3 Ogos 2008.
Menjayakan rakaman program ‘Gen X’ untuk remaja di TV1 berkenaan dengan pengurusan kewangan oleh remaja.
Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Mempunyai pengalaman selama 10 tahun yang meliputi dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, operasi, pemasaran, pembelian, logistik dan pelaburan hartanah. Bermula sebagai junior eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi.
Trainer dan Penceramah
Jurulatih bagi kursus motivasi dan kewangan. Antara kursus yang dikelolakannya adalah Panduan mengurus wang gaji bagi kakitangan, motivasi hidup senang dan tua tenang, penyelesaian hutang peribadi, pengurusan stres, pelaburan dalam hartanah, membina kerjaya super dan motivasi pelajar Geliga. Pelangan
Pelanggannya adalah Majlis Sukan Negara (MSN) , Akademi Percukaian Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, masjid serta surau.
Kad Tauliah
Tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No Ruj : (01) dlm JAI.Sel BPD/02/024/5/2 Jld 1 – Pengurusan Kewangan Islam.
Label: IPTA, IPTS, kerjaya wanita, shamsuddin kadir, tip karier untuk wanita moden, tip kerjaya, tip mencari kerja