Maka berkatalah orang itu, “Saudara, kenapa mahu didedahkan tip karier untuk orang perempuan?”
Disambungnya lagi, “Biarlah mereka berebut-rebut di luar apabila sudah tamat belajar.”
Kata akhirnya, “Dibocorkan semua cara, nanti orang lelaki hendak cari kerja susahlah. Sudahlah lelaki sedikit di IPTA. Saudara beritahu pula tip-tip itu. Susahlah kami.”
Kata saya, “Baiklah, saya fikir-fikirkan. Mungkin selepas seribu orang sahaja memiliki saya tutup web tersebut. Tetapi itu idea sahaja bukan komitmen saya. Sementara itu, saya beri satu tip. Bagaimana sebenarnya orang melihat IPTA dan IPTS?”
Bertanyalah dia, “Ada label berbezakah?”
Kata saya, “Ada. IPTA dilihat sebagai institut penyelidikan. Yakni hasil adanya ilmu baru yang penting untuk organisasi gunakan sebagai alat perkembangan mereka. Ada juga berkata IPTA mempengaruhi polisi dan aturan kerajaan dalam mengatur negara melalui penemuan dan idea-idea baru.”
Bertanyalah dia, “Apa pula label orang di luar kepada IPTS?”
Kata saya, “IPTS dilihat sebagai tempat penghasil tenaga kerja. Mereka dilihat sebagai sumber yang dilatih untuk meneruskan operasi sebuah organisasi.”
Tanya dia, “Boleh percayakah?”
Jawab saya, “Ini adalah persepsi.”
Balas dia, “Saudara, Tip Karier untuk Lelaki Moden tidak adakah?”
Saya senyum.
Lebih lanjut klik di sini
Label: IPTA, IPTS, kerjaya wanita, tip karier untuk wanita moden, tip kerjaya, tip mencari kerja