Apa kata pakar kewangan mengenai tip karier untuk wanita moden?

September 20, 2008 by aliman

Bacaan wajib untuk wanita moden seperti anda. Klik di sini

Anda mungkin pernah membaca testimonial ini dalam laman web rasmi kerjaya wanita. Siapakah golongan professional bernama Shamsuddin Kadir ini? Beliau telah membaca Tip Karier untuk Wanita Moden bagi memberi pandangannya sebagai pengamal industri, diharapkan anda juga sudah membacanya. Mari kita berkenal-kenalan dengan Tuan Shamsuddin Kadir ini.

Tahukah saudari beliau adalah contoh pekerja yang memiliki lebih sebuah rumah pada usia sekitar 20-an. Kita akan cuba membongkar rahsianya dengan harapan beliau dapat bersama seribu pembaca e-buku Tip Karier untuk Wanita Moden dalam seminar Kerjaya Impian kita nanti. Jika belum miliki cepat-cepat klik di sini.

http://www.kerjayawanita.zamrimohamad.com/index.html

Baiklah kita sambung semula.

Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan trainer dalam bidang motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan Kerjaya.

Penulis Buku

Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Jakarta juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya (Best Seller di MPH), Kaya Dengan Rumah (Best Seller) dan Buat Duit Dengan Rumah.

Buku-buku yang bakal terbit mulai awal tahun 2009 adalah Kuasa Mengurus Diri, Kuasa Mengurus Masa dan Tuan Rumah Yang Kaya.

Bagi buku tulisan bersama dengan penulis lain adalah Cashflow bagi pengantin baru.

Manakala buku bagi kategori kanak-kanak dan remaja adalah Biskut Ajaib dan Garaj Sale. Kedua buku-buku ini memberi inspirasi kepada pembaca bagi memulakan bisnes sendiri supaya apabila tamat belajar di universiti mereka dapat berdikari dan tidak perlu merebut peluang pekerjaan.   Penulis Artikel

Beliau menulis artikel di majalah Dewan Ekonomi dan majalah Anis (Panduan Wanita Solehah)

Bersama Radio

Radio IKIM.FM di frekuensi 91.5! dalam progam Duniaku Buku dan di Radio 24 di frekuensi 93.9! dalam program bicara bijak.Kelayakan & PengalamanMenjayakan Motivasi Kewangan di saluran Motivasi Pagi TV3. Sebanyak 6 episod pertama telah dirakamkan dan episod pertama telah di tayang pada 3 Ogos 2008.

Menjayakan rakaman program ‘Gen X’ untuk remaja di TV1 berkenaan dengan pengurusan kewangan oleh remaja.

Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Mempunyai pengalaman selama 10 tahun yang meliputi dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, operasi, pemasaran, pembelian, logistik dan pelaburan hartanah. Bermula sebagai junior eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi.

Trainer dan Penceramah

Jurulatih bagi kursus motivasi dan kewangan. Antara kursus yang dikelolakannya adalah Panduan mengurus wang gaji bagi kakitangan, motivasi hidup senang dan tua tenang, penyelesaian hutang peribadi, pengurusan stres, pelaburan dalam hartanah, membina kerjaya super dan motivasi pelajar Geliga.   Pelangan

Pelanggannya adalah Majlis Sukan Negara (MSN) , Akademi Percukaian Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, masjid serta surau.

Kad Tauliah

Tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No Ruj : (01) dlm JAI.Sel BPD/02/024/5/2 Jld 1 – Pengurusan Kewangan Islam.

Tip Karier untuk Wanita Moden duduki kedudukan tiga teratas Google

September 20, 2008 by aliman

Tip Karier untuk Wanita Moden duduki kedudukan tiga teratas carian Google bagi carian perkataan tip karier dan tip kerjaya selepas tiga hari dilancarkan. Maklumat lanjut klik di sini

Tip karier untuk wanita moden di Classified Malaysiakini

September 20, 2008 by aliman

Tip Karier untuk Wanita Moden dalam classified Malaysikini (klik gambar) selepas tiga hari dilancarkan. Maklumat lanjut klik di sini

Orang lelaki di IPTA susah hati kerana e-buku ini

September 18, 2008 by aliman

Maka berkatalah orang itu, “Saudara, kenapa mahu didedahkan tip karier untuk orang perempuan?”

Disambungnya lagi, “Biarlah mereka berebut-rebut di luar apabila sudah tamat belajar.”

Kata akhirnya, “Dibocorkan semua cara, nanti orang lelaki hendak cari kerja susahlah. Sudahlah lelaki sedikit di IPTA.  Saudara beritahu pula tip-tip itu. Susahlah kami.”

Kata saya, “Baiklah, saya fikir-fikirkan.  Mungkin selepas seribu orang sahaja memiliki saya tutup web tersebut. Tetapi itu idea sahaja bukan komitmen saya. Sementara itu, saya beri satu tip. Bagaimana sebenarnya orang melihat IPTA dan IPTS?”

Bertanyalah dia, “Ada label berbezakah?”

Kata saya, “Ada. IPTA dilihat sebagai institut penyelidikan. Yakni hasil adanya ilmu baru yang penting untuk organisasi gunakan sebagai alat perkembangan mereka. Ada juga berkata IPTA mempengaruhi polisi dan aturan kerajaan dalam mengatur negara melalui penemuan dan idea-idea baru.”

Bertanyalah dia, “Apa pula label orang di luar kepada IPTS?”

Kata saya, “IPTS dilihat sebagai tempat penghasil tenaga kerja. Mereka dilihat sebagai sumber yang dilatih untuk meneruskan operasi sebuah organisasi.”

Tanya dia, “Boleh percayakah?”

Jawab saya, “Ini adalah persepsi.”

Balas dia, “Saudara, Tip Karier untuk Lelaki Moden tidak adakah?”

Saya senyum.

Lebih lanjut klik di sini

Pelik tetapi benar dalam dunia mencari kerja

September 17, 2008 by aliman

Ayat dialog di bawah bunyinya ganjil. Tahukah anda semua dialog ini pernah diucapkan dalam organisasi berbeza?

“Pertama kali saya menghadiri temuduga di situ, saya berhadapan dengan pengalaman yang ganjil. Kakitangan di bahagian kaunter pertanyaan memberikan pelbagai maklumat peribadi tentang majikan beliau. Saya tidak tahu apa gunanya maklumat yang tidak ada kaitan dengan organisasi. Pada akhir sesi temuduga, penemuduga bertanyakan pasukan bola kegemaran. Saya ulang sebut nama pasukan bola yang disebut kakitangan di kaunter. Penemuduga tersenyum, sehari selepas itu saya ditawarkan jawatan tersebut.”

“Saya sendiri tidak sangka cara kami diberhentikan kerja dalam keadaan luar biasa sekali. Pada pagi itu, kad akses kami tidak dapat membuka pintu cermin secara automatik. Mujurlah salah seorang kakitangan datang ke pintu. Sangka kami pintu itu mempunyai masalah. Rupa-rupanya kad akses kami dibatalkan dan kami diberhentikan kerja.”

“Soalan yang tidak dapat saya lupakan diajukan oleh penemuduga ialah sama ada saya percaya kewujudan hantu. Saya mengiyakan. Selepas beberapa lama bekerja di sini barulah saya tahu soalan itu sengaja diajukan kerana waktu itu penemuduga hendak membuktikan kepercayaan beliau terhadap hantu bukanlah  ganjil. Jawapan ya yang saya berikan seolah-olah kemenangan beliau di hadapan panel penemuduga lain yang tidak menyokongnya.”

“Majikan saya tidak gemar bercakap banyak. Sehinggakan kami merasakan beliau seorang yang tidak mesra pekerja. Ada masanya kami berasa kewujudan kami tidak disedarinya. Dalam diam-diam, kerja kami diperhatikan. Malah jika ada kesilapan, beliau tidak menyalahkan kami sebaliknya terus meminta kami untuk membetulkan. Majikan kami sangat mempertahankan pekerja-pekerja di hadapan para pengurus jabatan lain. Sedang pengurus lain bercerita tentang keburukan kakitangan bawahan mereka, beliau bercerita kisah baik tentang kami di hadapan orang lain.”

Bagaimana anda jika berhadapan dengan keadaan ini? Klik di sini